Followers

Friday, July 20, 2012

Adam dan Hawa...





Hawa : saya tidak layak untuk awak.
Adam : Kenapa?
Hawa: awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Adam: saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Hawa : awak pintar, awak ada ramai peminat.
Adam : Peminat? saya tidak perlukan ...mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Hawa : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Adam : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Hawa : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Adam : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Hawa : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan.
Adam : Perbezaan membuat kita lengkap.
Hawa : Awak terlalu sempurna.
Adam : Belum. Akan sempurna jika ada awak .
Hawa : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Adam : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

.....

Hawa : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

:ILOVEISLAM:

p/s : “…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi)

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

No comments:

Post a Comment

jom komen (^_^)....