Followers

Friday, October 26, 2012

Beraya di perantauan ..bukan over the sea..hihii

~Salam ~
Selamat Hari Raya Aidil Adha aku ucapkan kepada semua umat islam yang berada di seluruh dunia...semoga raya ini membuatkan kita lebih memahami erti sebuah pengorbanan ..bukan hanya mengorbankan lembu dan kambing sahaja tetapi erti pengorbanan dari sudut yang lain juga.. ermmm...terasa nak update blog di malam raya ni..jiwa kosong sebab tak dapat balik beraya dengan mak ayah di kampung..dan saat ini sangat merindui adik-adikku dirumah ..mesti mereka tengah sibuk memilih baju apa yang nak dipakai pagi raya esok huhu { paham sangat dh } heheh...laju je tangan  ni menaip walaupun lapar yang amat sangat ..x penah lagi menjamu nasi ..last petang semalam je ..kedai makan di sekitar kampus ni tutup.. maklumlah esok nak raya ..nak tak nak aku kena diet makan magiee je untuk 3 hari ini..tak sabar rasanya nak tunggu hari ahad..tau tak kenapa? nak tunggu kawan-kawan sebilik bawa ole-ole..hureeee!!! happy sesangat ...haha...by the way, ini bukanlah kali pertama tak beraya dengan keluarga..waktu muda-muda dulu penah juga tak balik beraya bersama keluarga ...sedih memang sedih..bagi aku raya apa pun semua sama..kerana aku sangat menghargai waktu yang ada bersama keluargaku..im alone ...tanpa mereka hilanglah kegembiraanku...:-( mud sedih..layan je la ya...
si dia si jantung hati pun berauya tanpa aku tahun ni..tapi raya puasa dah raya sama kan ??? sekali sekala berjauhan ...aku pergi mencari ilmu dan ilmu ini akan ku curahkan kepada generasi -generasi akan datang...semoga apa yang aku lakukan adalah ibadah kepadamu Ya Rabb..permudahkanlah segala urusan ku di sini ...amin ...


nak share something to u all..:-> aku berada disini kerana izin Allah dan semangat dari keluarga dan insan yang aku sayangi...Tiada istilah putus asa dalam diri ini..jika ia hadir untuk sesaat maka pandanglah wajah-wajah kejerihan ayah dan ibu kita ....yang baik itu datang dari Allah S.W.T ..






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Tuesday, October 16, 2012

~Jauh perjalanan luas pemandangan ~


Merenung  keindahan ciptaan Ilahi.............
~salam ~
 Lama tak update blog...bz dengan tugasan..almaklumlah bila study nih mcm-mcm kena buat..namun tetap puas hati sebab dapat habiskan semua tugasan yang diberikan. Tak sabar rasanya nak balik ..sabar ya ** 3 minggu lagi..**..Hari ini adalah hari isnin..mcm biasa hari yang pastinya ramai orang diluar sana tak ternanti-nanti kalau boleh nak je tambah cuti  weekend 3 hari..{ terlebih sudah } ..hari ini saja je nak share    personaliti yang berbakat datang bertandang ke kampus kita ..best sangat ..teruja bila dapat tgk secara live selalunya tgk kat tv je..korang ingat tak dengan pengacara majlis yang sangat disegani di negara kita..Datuk Mahadzir Lokman..dia boleh bercakap banyak bahasa..dan seorang lagi personaliti tv...tak lain tak bukan pengacara Malaysia hari ini..Fedtri Yahya..nice to see them...hoho...dua-dua sangat petah berkata-kata...kaya dengan pengalaman dan ilmu di dada..." setiap insan itu adalah buku dan kita harus membacanya kerana di dlmnya pasti terdapat 1001 satu cerita suka dan duka " love this word...Tanpa sebuah perjalanan  kita mungkin tidak mampu melihat dan merasakan pengalaman .....happy sangat  hari ini...semoga perkongsian ilmu tersebut dapat memberikan inspirasi kepada kita semua. 





Dare to dreams....................................................... cayo-cayo...!!!!!

"Reputasi dan Pandangan orang  adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius "
"

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, September 30, 2012

Terdampar di Pantai Bagan Lalang ...^_^

~salam~
Update pic program Khidmat Masyarakat yang kami jalankan di Pantai Bagan Lalang berdekatan dengan Sepang Gold Coast...Pantai ni memang agak kotor..so kerja kami sekelas adalah membersihkan sampah sarap yang terdampar di tepi-tepi pantai...pic kat bawah ni hanya pic melepas penat.hehe...posing sebelum berangkat pulang ke kampus....next week dtg lagi ke  kem saujana banting...kem selama 4 hari 3 malam..











Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, September 23, 2012

Sekali Lagi...

~salam ~


sekali lagi aku dikejutkan dengan berita org yang aku sayang mengalami kemalangan dan patah tangan ..ya tuhan dugaan apa kah ini ?? namun aku bersyukur sebab x de apa 2 yang berlaku selain patah tangan ..kesian my hubby baru  je berapa bulan sembuh dah diduga semula...mungkin ada hikmahnya semua ini..aku percaya tuhan hanya akan menguji hambanya yang kuat dan Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya...kita akan laluinya bersama..maafkan aku kerana emosi dengan semua yang berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ya Allah hanya talimu tempat aku bergantung dan hanya pintumu akan ku ketuk untuk mencari redha darimu Ya Allah...Kasihani lah dia dan sembuhkan lah dia Ya Allah...
     Percayalah dugaan itu datang tidak kira tempat dan masa..Jika Allah sudah menginginkan ia terjadi maka ia akan terjadi. walaupun syg baru nak bekerja dengan baik dan buktikan yang sayang mampu...syg di uji lagi ..sabarlah semua pasti ada hikmahnya ...Percaya bahawa jika Allah ingin mengambil apa yang kita ada sekarang..sekelip mata ianya akan di ambil..
           *** Semoga ini semua menjadi iktibar buat kita ***
Doaku untuk mu ......


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

yippieee...



~Salam ..~
Lama x update blog ..bz dengan tugasan yang tak penah nak habis-habis...(*_*)..tapi Allhamdulillah semua nya dapat disiapkan mengikut due date ..hihi..doaku agar dapat mark yang baik-baik..(perkenankan Ya AllaH).ermm...tak rasa pejam celik nak dekat hujung tahun..semoga segala urusan ku disini dipermudahkan..saja nak lepaskan pic kat blog..memory bersama teman -temanku...


team bola tampo...hihi 


sayangi bumi kita...<3

  pasukan koir....mantap!!!



saje-saje kat kelas...hihi...mode : raya lagi nih
                                                                                                                           

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Tuesday, August 14, 2012

Di tempat orang...


LOve ThiS PIc






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Monday, August 13, 2012

Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermain

Sekolah ku...10 tahun yang lalu...











Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Wednesday, July 25, 2012

Koktail Buah...Teringin!!!


Bahan-bahan 

  • Bahan untuk kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air
  • 2 camca besar gula

  • Bahan2 lain :
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 tin koktail buah2an campuran
  • 1 tin longan
  • Air masak secukupnya 

Cara-cara

1.       Kastad : campurkan semua bahan untuk kastad ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
2.      Kuah : Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
3.      Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
4.       Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
5.      Cara Menghidang : Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil    untuk menghidang.
6.       Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati.





Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Monday, July 23, 2012

design from..Eveldz



Hai semua ..u think this awesome???  Klik sini.




Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, July 22, 2012

Aku suka lagu ini....sedeh...bila dengar :-(


Sumber:  Youtube 


----------

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Saturday, July 21, 2012

Satu Ramadhan ...2012

Salam.. semua..mcm mana posa hari? sabar ek tak lama lg...dugaan hari pertama berpuasa ..4sure korang tak sabar nak g bazar ramadhan kan ? huhu...aku duduk depan laptop sepanjang hari sebab nak siapkan kerja yang kena hantar selepas raya ..lama lagi..*** tapi masalahnya BANYAK SANGAT!!...waaa dugaan...ermm nak cita ni first time aku berpuasa di KL...tahun-tahun lepas masih lagi merasa berpuasa di rumah..last berpuasa kat tempat orang tahun 2009..di Perak. ..memang banyak sangat kenangan di sana...paling tak mungkin lupa adalah bazar ramadhan yang sangat panjang...best giler..Nak g sana lagi ( Batinku menjerit!!!! )hahah...apa la yang mak tengah buat kat umah sekarang ...mesti tengah pk nak masak apa hari ni...mak tolong post cket :-( ....sedeh...huhu...tak boleh berpuasa dengan family dan kekasih tercinta...but its okey...cool k...kuat...fighting...doakan yang terbaik untuk aku...dan teruskan kehidupan di sini dengan semangat !!!...cayo ..u can do it...tak berenti dengar lagu Rapuh (opik) best gler...kejiwangan menerjah dalam hati ..".maafkah lah bila hati tak sempurna "..lagu ni best ...x jemu bila dengar..okey lah nak sambung buat keja dulu...selamat berpuasa semua...dan salam ramadhan ..




Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan ya Ramadan...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2012, 
Semoga Amal Puasa Kt Di Terima ALLAH SWT..Amin

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menaungi kami dengan bulan ramadhan, ramadhan akan tiba maka hantarkanlah ia kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikakanlah rezeki kepada kami dengan berpuasa dan shalat, anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan kesungguhan serta kesiapan, lindungilah kami dari fitnah.”






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

memory di bulan Julai ...

                     
       Kenangan bersama lecture en.lee sewaktu menyambut 1 murid 1 sukan



Me n kak vina  semasa menyambut kedatangan pelajar dari institut lain ...



my Lovely fren ...warming up dgn ambik gambar ..baru feel nk bersenam haha

   Kamal!!  ko buat apa kat belakang?

Bersama Datin paduk Mumtaz Jaafar n Datin Pengarah 

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Adam dan Hawa...





Hawa : saya tidak layak untuk awak.
Adam : Kenapa?
Hawa: awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Adam: saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Hawa : awak pintar, awak ada ramai peminat.
Adam : Peminat? saya tidak perlukan ...mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Hawa : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Adam : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Hawa : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Adam : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Hawa : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan.
Adam : Perbezaan membuat kita lengkap.
Hawa : Awak terlalu sempurna.
Adam : Belum. Akan sempurna jika ada awak .
Hawa : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Adam : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

.....

Hawa : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

:ILOVEISLAM:

p/s : “…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi)

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, July 1, 2012

today

LOneLY

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Santai di hujung minggu...




Salam semua... update pic latest hari ini...jalan-jalan di Frim ( perhutanan malaysia )...first time masuk tempat ni...sapa yang sukakan ketenangan boleh lah brkunjung ke Frim kepong ni...ada taman botani, ada muzium, ada air terjun...yang penting tempat ni memang best untuk bawa family picnic..sesuai sangat :-) Thanks kat husna sebab ajak datang umah family dia sambil makan angin heeee***

  Posing kat jambatan nak menuju ke air terjun....

  Tengok apa tu ??hehe.......

 Excited sangat dapat tengok pemandangan kat atas bukit ni...kalau malam mesti dh penuh dengan lampu-lampu ..

 Focus.......

 Sedang berbincang ....

Berusaha untuk memanggil ikan arapaima di dalam kolam ...ikan tu besar sangat ....
 Penat berjalan ...makan durian ...merasa la juga makan buah ni....:-)
di atas jalan....saje dah x da idea...hehe

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, June 24, 2012

with love ...jiwang di pagi hari..........






Thanks for being there when I needed a shoulder to lean on, for patiently listening to my personal problems. Syg, I just want you to know how happy am I to have you in my life and I thank God for that. Thank you for the love and the joy you bring. You've changed my life, Syg.

You're the only boyfriend who gives my heart some excitement and thrills. When I'm with you I feel like I'm out of control! You taught me how to handle life seriously, you taught me how to solve my problems and to face it without any fear... when I'm with you, I feel no fear, not even a single one.

I know that when you say you love me and I admit that I've fallen for you, I know that I wouldn't shed any tears from now on. I love you and that's what I want you to bear in your mind, and it's for keeps.

Yours and only yours,
Diana.......
















Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Tuesday, June 19, 2012

Untuk insan yang di uji ...





Sabar itu indah...Kerana ia adalah bunga-bungaan dari keimanan kita yang sebenar..akan selalu mendoakan yang terbaik untukmu dan  berharap semoga kita  kuat untuk menghadapi apa saja dugaan yang mendatang.
Allah SWT telah menetapkan setiap manusia itu pasti diuji dan tidak ada sesiapa yang dapat lari dari kenyataan hidup ini...



 Akan selalu menemanimu dalam susah atau pun senang...Suka atau duka...


 Senyum dalam kesakitan...
Sabarlah syg...sesungguhnya dugaan ini hanya sekadar ombak kecil di pinggiran...ingatlah kepada orang lain yang di landa dugaan bagai ombak badai menghempas pantai dan mereka lebih sabar untuk menghadapinya .......with love



Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

..Buat tatapan si dia .....






Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang sedia untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerana itu, aku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Saidatina  Khadijah, kerana itu aku ingin kau tahu, aku bisa berbuat salah dan begitu menyusahkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang akan kata-katamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan tidak selesa untuk dipandang. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau makanan. Atau karena seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Mungkin juga kau akan melihat aku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam, dan aku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihat aku begitu marah, menangis dan bertidak di luar kawalan, bukan karena aku cuba untuk mengingkari padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban rasa di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku perlukan hanyalah pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. ketahuilah..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul si kecil karena lelah dan penatku di tamban ragamnya yang tak habis-habis. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup jika kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu aku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk keluarga kita, dan kau akan melihat aku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.... Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau temui puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)