Followers

Thursday, September 5, 2013

KETIKA HATI WANITA DISAKITI




Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan berertu dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.

Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..

Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..

Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..

jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...





Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Friday, October 26, 2012

Beraya di perantauan ..bukan over the sea..hihii

~Salam ~
Selamat Hari Raya Aidil Adha aku ucapkan kepada semua umat islam yang berada di seluruh dunia...semoga raya ini membuatkan kita lebih memahami erti sebuah pengorbanan ..bukan hanya mengorbankan lembu dan kambing sahaja tetapi erti pengorbanan dari sudut yang lain juga.. ermmm...terasa nak update blog di malam raya ni..jiwa kosong sebab tak dapat balik beraya dengan mak ayah di kampung..dan saat ini sangat merindui adik-adikku dirumah ..mesti mereka tengah sibuk memilih baju apa yang nak dipakai pagi raya esok huhu { paham sangat dh } heheh...laju je tangan  ni menaip walaupun lapar yang amat sangat ..x penah lagi menjamu nasi ..last petang semalam je ..kedai makan di sekitar kampus ni tutup.. maklumlah esok nak raya ..nak tak nak aku kena diet makan magiee je untuk 3 hari ini..tak sabar rasanya nak tunggu hari ahad..tau tak kenapa? nak tunggu kawan-kawan sebilik bawa ole-ole..hureeee!!! happy sesangat ...haha...by the way, ini bukanlah kali pertama tak beraya dengan keluarga..waktu muda-muda dulu penah juga tak balik beraya bersama keluarga ...sedih memang sedih..bagi aku raya apa pun semua sama..kerana aku sangat menghargai waktu yang ada bersama keluargaku..im alone ...tanpa mereka hilanglah kegembiraanku...:-( mud sedih..layan je la ya...
si dia si jantung hati pun berauya tanpa aku tahun ni..tapi raya puasa dah raya sama kan ??? sekali sekala berjauhan ...aku pergi mencari ilmu dan ilmu ini akan ku curahkan kepada generasi -generasi akan datang...semoga apa yang aku lakukan adalah ibadah kepadamu Ya Rabb..permudahkanlah segala urusan ku di sini ...amin ...


nak share something to u all..:-> aku berada disini kerana izin Allah dan semangat dari keluarga dan insan yang aku sayangi...Tiada istilah putus asa dalam diri ini..jika ia hadir untuk sesaat maka pandanglah wajah-wajah kejerihan ayah dan ibu kita ....yang baik itu datang dari Allah S.W.T ..






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Tuesday, October 16, 2012

~Jauh perjalanan luas pemandangan ~


Merenung  keindahan ciptaan Ilahi.............
~salam ~
 Lama tak update blog...bz dengan tugasan..almaklumlah bila study nih mcm-mcm kena buat..namun tetap puas hati sebab dapat habiskan semua tugasan yang diberikan. Tak sabar rasanya nak balik ..sabar ya ** 3 minggu lagi..**..Hari ini adalah hari isnin..mcm biasa hari yang pastinya ramai orang diluar sana tak ternanti-nanti kalau boleh nak je tambah cuti  weekend 3 hari..{ terlebih sudah } ..hari ini saja je nak share    personaliti yang berbakat datang bertandang ke kampus kita ..best sangat ..teruja bila dapat tgk secara live selalunya tgk kat tv je..korang ingat tak dengan pengacara majlis yang sangat disegani di negara kita..Datuk Mahadzir Lokman..dia boleh bercakap banyak bahasa..dan seorang lagi personaliti tv...tak lain tak bukan pengacara Malaysia hari ini..Fedtri Yahya..nice to see them...hoho...dua-dua sangat petah berkata-kata...kaya dengan pengalaman dan ilmu di dada..." setiap insan itu adalah buku dan kita harus membacanya kerana di dlmnya pasti terdapat 1001 satu cerita suka dan duka " love this word...Tanpa sebuah perjalanan  kita mungkin tidak mampu melihat dan merasakan pengalaman .....happy sangat  hari ini...semoga perkongsian ilmu tersebut dapat memberikan inspirasi kepada kita semua. 





Dare to dreams....................................................... cayo-cayo...!!!!!

"Reputasi dan Pandangan orang  adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius "
"

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, September 30, 2012

Terdampar di Pantai Bagan Lalang ...^_^

~salam~
Update pic program Khidmat Masyarakat yang kami jalankan di Pantai Bagan Lalang berdekatan dengan Sepang Gold Coast...Pantai ni memang agak kotor..so kerja kami sekelas adalah membersihkan sampah sarap yang terdampar di tepi-tepi pantai...pic kat bawah ni hanya pic melepas penat.hehe...posing sebelum berangkat pulang ke kampus....next week dtg lagi ke  kem saujana banting...kem selama 4 hari 3 malam..











Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, September 23, 2012

Sekali Lagi...

~salam ~


sekali lagi aku dikejutkan dengan berita org yang aku sayang mengalami kemalangan dan patah tangan ..ya tuhan dugaan apa kah ini ?? namun aku bersyukur sebab x de apa 2 yang berlaku selain patah tangan ..kesian my hubby baru  je berapa bulan sembuh dah diduga semula...mungkin ada hikmahnya semua ini..aku percaya tuhan hanya akan menguji hambanya yang kuat dan Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya...kita akan laluinya bersama..maafkan aku kerana emosi dengan semua yang berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ya Allah hanya talimu tempat aku bergantung dan hanya pintumu akan ku ketuk untuk mencari redha darimu Ya Allah...Kasihani lah dia dan sembuhkan lah dia Ya Allah...
     Percayalah dugaan itu datang tidak kira tempat dan masa..Jika Allah sudah menginginkan ia terjadi maka ia akan terjadi. walaupun syg baru nak bekerja dengan baik dan buktikan yang sayang mampu...syg di uji lagi ..sabarlah semua pasti ada hikmahnya ...Percaya bahawa jika Allah ingin mengambil apa yang kita ada sekarang..sekelip mata ianya akan di ambil..
           *** Semoga ini semua menjadi iktibar buat kita ***
Doaku untuk mu ......


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)