Followers

Wednesday, July 25, 2012

Koktail Buah...Teringin!!!


Bahan-bahan 

  • Bahan untuk kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air
  • 2 camca besar gula

  • Bahan2 lain :
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 tin koktail buah2an campuran
  • 1 tin longan
  • Air masak secukupnya 

Cara-cara

1.       Kastad : campurkan semua bahan untuk kastad ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
2.      Kuah : Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
3.      Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
4.       Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
5.      Cara Menghidang : Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil    untuk menghidang.
6.       Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati.





Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Monday, July 23, 2012

design from..Eveldz



Hai semua ..u think this awesome???  Klik sini.




Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, July 22, 2012

Aku suka lagu ini....sedeh...bila dengar :-(


Sumber:  Youtube 


----------

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Saturday, July 21, 2012

Satu Ramadhan ...2012

Salam.. semua..mcm mana posa hari? sabar ek tak lama lg...dugaan hari pertama berpuasa ..4sure korang tak sabar nak g bazar ramadhan kan ? huhu...aku duduk depan laptop sepanjang hari sebab nak siapkan kerja yang kena hantar selepas raya ..lama lagi..*** tapi masalahnya BANYAK SANGAT!!...waaa dugaan...ermm nak cita ni first time aku berpuasa di KL...tahun-tahun lepas masih lagi merasa berpuasa di rumah..last berpuasa kat tempat orang tahun 2009..di Perak. ..memang banyak sangat kenangan di sana...paling tak mungkin lupa adalah bazar ramadhan yang sangat panjang...best giler..Nak g sana lagi ( Batinku menjerit!!!! )hahah...apa la yang mak tengah buat kat umah sekarang ...mesti tengah pk nak masak apa hari ni...mak tolong post cket :-( ....sedeh...huhu...tak boleh berpuasa dengan family dan kekasih tercinta...but its okey...cool k...kuat...fighting...doakan yang terbaik untuk aku...dan teruskan kehidupan di sini dengan semangat !!!...cayo ..u can do it...tak berenti dengar lagu Rapuh (opik) best gler...kejiwangan menerjah dalam hati ..".maafkah lah bila hati tak sempurna "..lagu ni best ...x jemu bila dengar..okey lah nak sambung buat keja dulu...selamat berpuasa semua...dan salam ramadhan ..




Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Friday, July 20, 2012

Ahlan wasahlan ya Ramadan...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2012, 
Semoga Amal Puasa Kt Di Terima ALLAH SWT..Amin

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menaungi kami dengan bulan ramadhan, ramadhan akan tiba maka hantarkanlah ia kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikakanlah rezeki kepada kami dengan berpuasa dan shalat, anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan kesungguhan serta kesiapan, lindungilah kami dari fitnah.”






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)