Followers

Monday, January 30, 2012

Attention deficit hyperactivity disorder..(ADHD)




Hai semua..hari ni belajar tentang sesuatu yang baru mengenai ADHD..[ attention deficit hyperactivity disorder]
Mangsa ADHD biasanya nakal dan malas dan sering ditempatkan dalam kelas paling corot kerana dianggap bodoh. Akibat kurang pengetahuan mengenai kesihatan mental di kalangan guru dan ibubapa, kanak-kanak berkenaan yang sebenarnya menghidap Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD) terus menjadi mangsa.
ADHD merupakan salah satu masalah mental, tetapi ianya bukanlah penyakit mental sepenuhnya dan tiada kaitan langsung dengan kegilaan. 





Otak kanak-kanak ADHD adalah terlalu cergas mengakibatkan pergerakannya terlalu aktif dan hanya diam apabila mereka tidur sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memberikan atau menumpukan perhatian di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

sumber: google


Buku mengenai ADHD


Everything a child needs to know about ADHD by Dr CR Yemula
This book is written as an interesting story with colourful illustrations.


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Hari yang sangat meleTihkan...*******



.Denyutan nadi mencecah 25 denyutan dalam masa 10 saat je..ermmm kalau x dengan 6...banyak tu...aktif la sangat bersukan ni..( terpaksa buat....erggggg)  .Jom try kira denyutan nadi selama tiga hari berturut-turut sebaik saja bangun dari tidur...lakukan pada waktu pagi..dalam kiraan 10 saat...:-)






KELEBIHAN SUKAN 

  1. membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain
  2. badan sihat - otak cergas
  3. Saluran darah yang lancar
  4. Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan
  5.  Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
  6. Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama






Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sunday, January 29, 2012

kembali ke rutin harian...fighting!!!!



Hai semua...dah lama tak update blog..bz...(bz la sangat)...hari ni last day dapat berehat..esok dah kena balik ke rutin harian..macam biasa ..kelas semua dr awal pagi hingga ke petang..penat tapi itu lah perjuangan yang harus ku tempuhi selagi masih bergelar pelajar...( murid..hehe)...tak pe rabu ni cuti..hari wilayah...boleh rehat sehari kan????...outing? maybe tak kot..poket dh kering..hujung bulan ..sabar ekkk....(self motivation mode)....sediakan fizikal dan mental cukup-cukup untuk mendaki bukit pas ni..sapa yang sama tempat dengan aku kuliah mesti paham sangat dah dengan istilah mendaki ni...harap this week tak da asignment...kalau ada pun kena setle cepat2..hureeeeee...dah nak masuk bulan february..tak terasa cepat je masa berlalu di sini...im Homesick!!!!!

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Monday, January 23, 2012

Pengorbanan kanak-kanak di seberang untuk ke sekolah..


inilah pengorbanan...

 Sanggupkah kita mengharungi semua ini????~ mempertaruhkan nyawa..~~~



semoga kalian semua menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat...amin..

ini lah perjuangan.....

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Sekadar berkongSi...Apa itu.Disleksia (Dyslexia)



"Sebuah filem yang mengisahkan penderitaan kanak-kanak disleksia."

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.
              
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan 
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

 CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak





Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)