Followers

Wednesday, November 13, 2019

My little Princess Ainun Mahya binti Zaidi


Anakku Ainun Mahya binti Zaidi, sekarang dan berusia 2 tahun 5 bulan . Tak terasa cepatnya adik membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan petah berkata -kata . Mama tak penah lagi tulis tentang adik di dalam blog ni..baru sekarang terasa nak tulis tentang adik.  Adik seorang yang berjiwa besar dan seorang yang berdikari. Paling senang cakap adik tak banyak kerenah ..nangis bila mengantok je nak tido. 



Tahun ni first time adik masuk wad sebab di serang asma walau doktor tak sahkan lagi adik ada astma tapi mama tahu adik dah tak boleh tahan dan menangis sepanjang malam sebab sukar bernafas. pukul 3 pagi mama gagahkan diri hantar adik meredah hujan lebat ke hospital. adik di nab 3 kali dan nafas adik masih tak ok then doktor decide adik di tahan. Ayahlh yang paling sedih sebab dengar khabar anak kesayangannya kena tahan. Adik ni ceria orangnya ..kat wad yang semua masalah lebih kurang sama je dengan dia...dia lah yang paling aktif. Malam tu ayah yang jaga dia ..mama kena balik sebab kena jaga abang kat umah.  Alhamdulillah adik di tahan semalam je. Mama nak adik terus kuat dan sihat mama akan jaga adik dengan sebaik mungkin dan mama doa adik x kn masuk wad lagi . 


My little princess .... Ainun Mahya Bin Zaidi 




si kecil mama yang petah berkata-kata 



penyeri hati mama dan ayah ... yang mengisi ruang-ruang kekosongan hidup ayah dan mama.. semoga adik menjadi anak yang solehah...yang berjaya dunia akhirat . 


Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)