Followers

Saturday, November 2, 2013

Officially aku dah start diet ...nak kurus macam dulu-dulu !!!!!




Berangan kurus jap :-) 
 

Hai ..peeeps!!!
lame x update blog yang dah bersarang ni...nak kata bz x de la sangat ..malas je hihi
my latest pic 2013..semua orang kata aku dah gemuk..mana-mana je pegi mereka kata aku gemuk ...aku rasa diorang tak tipu memang betul kot aku dah gemuk..huhu... aku x boleh duk diam je..need to do something...huhu...

Aku start reading kat google, cm ne nak kuruskan badan balik..byk info yang aku dpt...aku ambik yang positif je dan abaikan yang negatif.. x nak ubat-ubat yang aku tak tahu kesahihanya..(betul ke apa yang aku tulis ni ) ...abaikan kalau typing error ye ...okeh kat entry ni aku nak share kat korang semua usaha-usaha yang aku dah buat untuk dptkan kembali shape aku yang dulu-dulu...


sumber : Google 

Sekarang aku tengah minum benda ni ...aku suka sebab benda ni x lah menyusahkan aku ...aku hanya perlu  ke tandas sehari sekali je ..i mean membuang ye ..tp teh ni depend  pada org gak sebab adik aku minum teh ni ..pukul 2 tiga pagi perut dia meragam..hahaha...opss tergelak plak !   tapi x tahu la kalau dah masuk sekolah nanti ..habislah kalau perut aku meragam time2 ada kelas ni...minta di jauhkan .. oh ye.. teh ni harga dia  RM28 ++ cam tu..  yang kotak besar plak aku x  hingat berapa ..ada jual kat watson dan guardian ..aku selalu beli kotak kecik je..tak mampu nak beli yang besar..lagipun teh ni boleh recycle 2 tiga kali ye..kalau dah guna tu..nanti boleh guna lagi untuk bancuhan kedua ..sampai la dah tak de warna J ( kedekut tahi hidung masin )



Oh ye lupa nak mention kat sini..jangan bergantung kat teh tu je..kita kena bersenam atleast  30 minit sehari..kalau dah tak larat sangat pun berjalan je ..sebab kita kena bakar kalori dalam badan..kalau rajin bersenam kaki pun boleh jadi cantik..ala..ala model gitu ..:-) gurau je jangan mare ...makan pun kena jaga banyakkan makan sayur-sayuran hijau  dan buah -buahan..aku ni berat cket kalau nak makan buah, tak tahu kenapa....erggggh..tulunnn

oh my dear ..my hubby zaidi ..pleazz bagi support ye + belikan alat penimbang sekali ..bagi semangat cket  :-) loveuowez



Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Thursday, September 5, 2013

KETIKA HATI WANITA DISAKITI




Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan berertu dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.

Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..

Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..

Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..

jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...





Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)