Followers

Tuesday, February 28, 2012

my campus life ..senam roBik..



                                                     kawan-kawan sekelas...senam robik:-)

me n kak harvina 

                              kak sarah, kak vina n me...rehat kejap..:-) sempat lagi pose...*wink*

               yang number 2 dr belakang tu aku...pest time i lari sepenuh hati..wawa jugak yang pest..:-)


haha..bukan tanam sayur ..okey:)...ni jadi hakim lompat jauh:-)



Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Monday, February 6, 2012

Spend Less Save More



salam sejahtera kawan-kawan semua...

Spend Less Save More
sekadar perkongsian ...<3

Selama ini saya hanya tahu mencari wang yang banyak tetapi tidak tahu cara untuk menguruskan kewangan dengan betul..sangat rugi rasaya dua tahun bekerja tetapi tidak membuat simpanan..kalau di ikutkan gaji setiap bulan lebih dari cukup..saya belum berkahwin dan tinggal dengan mak ayah lagi...kesedaran untuk menyimpan wang tu datang lambat..huu...menyesal pun ada...tapi tak pe...saya hanya nak berkongsi tips kat bawah...okey kita boleh  amalkan konsep penjimatan dengan apa jua cara  yang mungkin boleh diperolehi. 

Sama ada bawa bekal breakfast & lunch dari  rumah, berkongsi kenderaan atau naik pengangkutan awam. Beli barang semasa  musim  harga rendah, tawaran penghabisan stok atau acara lelong. dengan cara ini kita bukan sahaja berjimat tetap kita dapat membeli barang -barang yang kita idamkan dengan harga yang lebih rendah...( Betul tak???). .. Malah boleh beli barang second hand yang masih elok dipakai dengan harga yang  jauh lebih murah. Selain itu bersederhana  dalam apa jua keadaan dan kita dapat 'save duit' tanpa perlu berbelanja  lebih.
Sebelum membeli kita bolehlah bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak.


Buat bajet, tulis dan patuhinya! (disiplin diri amat penting) Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga. Contohnya...setiap kali musim perayaan seperti hari raya saya dan ibu akan menulis barang-barang yang hendak dibeli dan terus membuat bajet kasar. ini lebih mudah dan lebih teratur. 

Selain itu dana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.

selamat mencuba ...

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Friday, February 3, 2012

“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”




sumber: google


Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 

“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”


Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”


Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.



Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)

Wednesday, February 1, 2012

aku Hanya Wanita Biasa ...








sumber: google


Bila seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Bila kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu,tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,bila seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,tolong pegang tangannya dengan pengertian.dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,Bila seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,penuh rasa sayang,di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah,dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,fikirkanlah tentang hal itu.bika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya..Pertimbangkanlah,kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal,mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Jaga dan cintailah ia sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya..

Terima kasih kerana sudi singgah di blogku yg tak seberapa ni(^_^)